Salam Semanis Pertemuan!


AllahuRabbi...

Andai hatiku ini sudah gelap dimamah dosa,
Terangilah ia dengan limpahan NurkasihMu...

Andai hatiku ini semakin lemah dimamah nafsu,
Kuatkanlah ia dengan limpahan MawaddahMu...

Andai hatiku ini mudah rebah menghempas bumi,
Kukuhkanlah ia dengan limpahan MahabbahMu...

Subhanallah! Alhamdulillah! Allahuakbar! Lailahaillallah... =)

Saturday, 8 December 2012

Wahai Adam, Maafkanlah Hawa!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamua'laikum!
Kaifa halukum, teman2 yang sentiasa bersama saya di kala susah dan senang di alam blog ini?
Semoga Allah melindungi kalian semua di bawah lembayung kerahmatanNya sentiasa,
Amin...

Wahai Adam, Maafkanlah Hawa? Hmm... pasti ramai yang tertanya- tanya, apakah maksud saya di sebalik tajuk yang akan saya kemukakan pada hari ini, kan? tajuk novelkah? cerpenkah? risalahkah? hahaha... semua anggaran itu salah!

Tujuan saya menulis pada hari ini adalah untuk menyedarkan para wanita iaitu kaum hawa sekalian bahawa tergadainya maruah kalian bukanlah hanya kerana kesalahan kaum adam. Haruslah kita, kaum hawa, tidak hanya menunding jari terhadap kaum adam semata- mata hanya disebabkan kerakusan mereka merosakkan maruah kita sebaliknya lihatlah diri kita dahulu wahai kaum hawa. Cerminlah diri kita dahulu. Adakah kita pasti, kejatuhan maruah kita hanya disebabkan kaum adam? Pastikah kita?

 Kaum hawa yang kusayangi sekalian, Kaum hawa yang kucintai sekalian...
Sedarkah kita bahawa kitalah antara penyebab keruntuhan moral dan akhlak kaum adam? Berpakaian seksi, menjolok mata, apakah kalian tidak fikir, bahawasanya kaum adam juga mempunyai nafsu? Apakah kalian tidak fikir tubuh indah yang dianugerahi oleh Allah buat insan bernama hawa ini merupakan salah satu daripada rangsangan mereka untuk terus melakukan maksiat? Pokoknya wahai kaum hawa, kitalah antara penyumbang kepada dosa2 yang telah mereka lakukan. Ya Rabbi... Nau'zubillahi min zaalik!

Wahai kaum hawa, anda berani! Sangat berani dalam menjerumuskan diri anda ke dalam pelukan dan belaian kaum adam yang hanya berlandaskan nafsu semata- mata. Tahniah saya ucapkan kepada anda, wahai kaum hawa! Tahniah saya ucapkan kerana secara tidak langsung anda berjaya menjerumuskan diri anda kedalam lembah hitam yang hanya dipenuhi dengan kehinaan. Wahai kaum hawa, andalah yang jijik! bukan mereka, kaum adam. Kealpaan anda dalam mengikut syariat yang ditetapkan oleh Allah dalam etika berpakaian ternyata mengundang kaum adam untuk turut sama melakukan dosa.

Pepatah ada mengatakan, Masakan Kucing Mahu Menolak Ikan?
Siapakah kucing dan siapakah ikan? Kitalah, kaum hawa, ikan itu. Dan tentunya kucing itu merupakan kaum adam. Persoalannya sekarang, cuba anda hayati maksud sebenar daripada pepatah melayu tersebut. Masakan kucing mahu menolak ikan? Masakan kaum adam boleh menolak kaum hawa yang dengan sendirinya datang kepada mereka menawarkan diri sebagai teman sekatil? Logik, bukan? Cuba anda bayangkan, seorang wanita berbogel di hadapan kaum adam, adakah kaum adam tersebut hanya memandang wanita tersebut tanpa perasaan, atau terus menerkam? Fikir- fikirkanlah kerana kadangkala, lelaki yang teguh imannya juga boleh rebah imannya hanya disebabkan kaum wanita. Subhanallah! Hebatnya kaum wanita sehingga lelaki yang teguh keimanannya juga boleh rebah kerana keistimewaan yang telah Allah berikan buat kaum wanita itu sendiri.

" Tetapi kamu merosakkan dirimu sendiri (kerana hatimu tidak beriman) dan kamu tunggu (kesengsaraan kami) dan ragu- ragu (hatimu) dan kamu terpedaya oleh angan- angan sahaja..."
~Surah Al- Hadid ayat 14~

Wahai Kaum Adam...
Maafkanlah Kaum Hawa. Dengarkanlah rintihan kami. Bukakanlah pintu hati kalian untuk mendengar madah bicara kami daripada sebuah tanggisan yang penuh penyesalan. Sesungguhnya, kaum adam, kami sedar kami berdosa kepada kalian. Kami sedar, kami telah banyak memesong hati- hati kalian. Kami sedar, bahawasanya hati dan jiwa kami ini hanya diselaputi tipuan dunia yang amat berbahaya. Kami sedar, hati dan keimanan kami tidak kuat.

Wahai Kaum Adam...
Benarlah seperti yang diberitakan daripada sebuah hadis, 'Sebaik- baik perhiasan adalah wanita yang solehah!' dan kami, kaum hawa, hanya mementingkan diri sendiri. Ternyata, kami tidak layak menjadi perhiasan yang mampu memberi kepada kalian sebuah ketenangan. Ternyata, kami hanyalah perhiasan yang membawa kepada kalian, pelbagai jenis dosa.

Wahai Kaum Adam...
Maafkanlah kami. Bimbinglah kami. Kerana sesungguhnya baru kini kami sedar, tuntutan hawa nafsu itu hanya merugikan kami. Tuntutan hawa nafsu itu hanya memesongkan dan menggelapkan hati kami. Malah, tuntutan hawa nafsu dan tipuan dunia buat kami ini juga ternyata hanya membawa kalian ke arah yang lebih sesat dan hina lagi. Maafkanlah kami, wahai kaum adam, kaum hawa yang banyak menduga iman kalian!

Bersihkanlah dosa dengan memohon taubat daripadaNya. Bersihkanlah jiwa dan hati dengan ayat- ayat cinta daripadaNya. Pintalah ketenangan melalui solat yang diwajibkan keatasmu daripadaNya dan berbuat baiklah kepadaNya selayaknya kamu sebagai seorang hambaNya.  Kelak, kamu akan tahu kenapa dan mengapa Dia menggariskan buat kamu panduan dan peraturan. Tidak lain tidak bukan, Dia hanya mahu kamu mencari keredhaanNya, InsyaAllah!

Sekian Sahaja daripada saya,
Jazakallahu Khairan!
Salam Semanis Ukhwafillah!
Assalamua'laikum dan Barakallahulakum!
InsyaAllah... =)


No comments:

Post a Comment